Monday 5 May 2014

Program Perjalanan HO CHI MINH 4hari 3malam

Hari 01 ALOR SETAR – KLIA – HO CHI MINH (MM)
2000 hr Berhimpun di tempat yang di janji. Bertolak ke KLIA. Singgah di R&R jika perlu. Hentian terakhir anda akan singgah ialah di R&R Dengkil untuk mandi manda dan solat subuh serta bersarapan sebelum tiba di KLIA. Selesai urusan passport dan bagasi, berangkat terus ke Vietnam. Tiba di sana anda akan di sambut oleh Pemandu Pelancong. Anda akan di bawa di Hotel penginapan untuk check in. Istirehat seketika sementara menanti makan malam. Selesai makan malam di restoran tempatan anda bebas melakukan aktiviti sendiri. (Berdekatan hotel penginapan terdapatan pasar malam yang menjual pelbagai jenis barangan)

Hari 02 SAIGON -CU CHI TUNNEL (S/MT/MM)
0700 hr Selesai sarapan pagi di hotel penginapan, bertolak ke ACu Chi tunnels, lokasi cukup popular di kalangan pelancong dalam dan luar Negara. Terowong ini terletak kira-kira 70 km ke utara. Tiba di sana anda akan di beri penerangan dan juga tayangan video. Anda dapat melihat bagaimana azabnya kehidupan rakyat Vietcong ketika itu. Terowong yang di kali hanya menggunakan tangan. Selesai lawatan bertolak balik ke Kota Saigon untuk makan tengahari. Acara seterusnya memang acara yang di nanti-nanti oleh anda semua. Iaitu shopping. “China town” menjadi lokasi serbuan untuk kaki shopping. Kawasan ini ini menjadi tumpuan rakyat Malaysia kerana harganya murah, ia menawarkan perkhidmatan menjahit pakaian yang anda ingini dengan masa yang singkat. Pelbagai jenis textile dengan design yang menarik. Terdapat banyak lagi butiq yang menawarkan harga yang berpatutan, yang menjual jubah dan telekong (bergantung kepada masa). Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel. Aktiviti malam bebas.

Hari 03 SAIGON – MEKONG DELTA (MY THO) –(SP/MT/MM)
Selesai sarapa pagi di hotel penginapan, bertolak ke Lembah Mekong yang terletak kira-kira 85 km dari Bandar Saigon. Tiba di sana anda akan di bawa menyururi sungai Tien ke seberang Ben Tre Land. Sungai Mekong yang menyimpan kisah suka duka dan pahit getir rakyat Vietnam. Bermudik di sungai Mekong bagaikan meniti sejarah zaman silam. Bersampan di alur sungai yang sempit melalui deretan pohon nipah terasa bagaikan berada di era 60-an suatu ketika dulu. Membasah tekak dengan “madu” meratah aneka buah-buahan segar dengan hidangan halua telingan dari gadis-gadis mongel kampong tersebut. Sungai Mekong menjanjikan kelainan buat anda.
Makan tengahari di pekan kecil Lembah Mekong memang memenuhi citarasa selera kita. Balik ke Saigon. Anda akan di bawa melawat Muzium perang dan anda akan bershopping lagi. Balik ke Hotel, istirehat seketika sementara menanti makan malam. Malam aktiviti bebas.

Hari 04 SAIGON – KUALA LUMPUR – ALOR SETAR (SP/MT)
Sarapan pagi di hotel. Sisa-sisa waktu yang tinggal sebelum berlepas, akan di pergunakan untuk shopping lagi.Kebiasaannya Ben Thanh market menjadi tumpuan kerana lokasinya yang terdekat untuk membeli belah. Makan tengahari di restoran tempatan sebelum berang ke Airport. Bersiap sedia untuk berlepas pulang.
— at raza holidays.

No comments:

Post a Comment